Ahad, 8 Julai 2012
Aktiviti Bulan Bahasa
Bulan Bahasa ialah masa untuk kita mempelajari lebih banyak tentang budaya kita. Muzika Lorong Buang Kok akan memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih tentang budaya kita melalui muzikal yang amat menarik. Saya rasa ini adalah satu cara yang baik untuk mempelajari budaya kita selain di dalam Bilik Darjah. Pelajar-pelajar akan tertarik kepada muzikal-muzikal sebegini.
Khamis, 16 Februari 2012
Bahasa Ibunda
Apabila saya diberitahu saya akan menulis blog dalam bahasa melayu, saya berasa amat gembira kerana saya dapat menggunakan komputer. Ini adalah kali pertama saya menggunakan blog untuk mempelajari bahasa melayu. Pada pendapat saya, menggunakan blog untuk pelajaran Bahasa Melayu adalah idea yang bagus kerana cara ini adalah cara yang lebih menarik untuk mempelajari Bahasa Melayu daripada mempelajari dalam bilik darjah.
Langgan:
Catatan (Atom)